Name : Nur Amanina From : Malaysia Likes : Anything that cute, and beautiful. Dislikes : Rats Location : Korea. Motto :Cinta membuatkan kita semakin kuat. Description : Someone simple.
Harini walaupun kepenatan tapi aku tetap teruskan mengubah-suai blog aku ni. Dah berkurun lama aku biarkan blog ni. Asyik dengan blog lagi satu tu. [Tekan sini] Blog lagi satu tu pun tak berapa nak cantik. Aku malas nak ubah banyak-banyak. Setakat ubah rupa sudahlah. Janji warna pink. Comel dah tu. Seharian aku tak tidur semata-mata untuk blog. Mata aku pun dah macam mata panda. (panda comel, kan?) Aku taktwu nak mengarut apa dekat sini. Hmmm, malam esok aku pergi Keyyel. Esoknya, aku dengan family gerak pergi Perak. Holidays! Weeeeeeee, dah lama aku tunggu saat-saat berharga ni. Bolehlah aku snap picture banyak-banyak. Bolehlah aku " mengepau " mak aku. Habislah, pokailah mak aku. Baju sekolah dahlah tak beli lagi.
Haa, aku tak sabar nak pergi sekolah. Takut pun ada. Yelah, tahun depan ada PMR! Last batch lagi you all. Macam mana lah rupa soalan dia nanti. Mesti hari-hari balik sekolah lambat. Oh tidak, habislah terlepas cerita-cerita kegemaran aku. No-no-no. Tapi, kalau nak berjaya! Bak kata si Justin Bieber pun ; Never say Never. Yeaaaaaah, semoga aku berjaya mendapat 8A PMR. Amin. Korang pun doakan aku jugak ya! Sayang korang :*